I made this widget at MyFlashFetish.com.

April 19, 2009


Assalamualaikum.......
buat tatapan yg ku kasihi sahabat2 Diploma Pengurusan Dan Pentadbiran Islam Sesi 1 08/09.. aQ MeLngKaH kE siNi Dgn 1 TJuN n MaTLAmAt IaiTu UNtUK mEndaPaTkAN iLmU yG BrKat n BLey BiMbinG aq Ke AraH jLn YG bEnAr n MeNjadI iNsAn YG bErguNA kpd mAsyaRAkat, AgamA n nEgara..... bErmUlaNya DiSinI dgN KehAdiRan RAkaN.. KawAn...sTeLaH hMpIr 1 tHuN kT Sni aQ sMkiN rmI ShAbT... oLeh ITu... kTe KnE tHu menILaI aPa ITU??? KAWAN??? TEMAN??? RAKAN??? SAHABAT???? dgan aDeR nYer sAhAbAT di sNi... aQ mSih KUt N tAbah MeNeRuSKan KEHiDupaN dI SInI.... MEmg BnYak Yg MeNcBar KEtIkA bErGeLaR sISWA n sISWI..... x dInaFIkAN.... sAhabAtKu... Ini adaLah LuAhan hatIKu... BuKan SeKadAr ReKaan mHuPuN tItiPAn yg Aq CoREtKAN.... kEhIdupAnku SEbAGAi SiSWI seMaKiN ceRi n GeMbIrA dGn adaNya KaLian SeMUa.... TeRImA kASih.... Aq jTuH bGuN sEmuA nYa DI HdaPan KaLiAN..... kaLiAN yG sAkSikaN sEgAlanYA.... tErIMa Kasih TeMn n SaHAbat KeRAN MasiH SDI bErSama DiSisIku... UsIkAN, gElK TwA, tANGIS n sEgalAnYa KiTeR KgSi bErsAMa..... TeRImA kasIH yG xTeRHInGga aq uNtAIkan.... TeRiMa kAsIh YG tErHinGga Yg HanYa DapAT AQ uCapkAN... xMaMPu AQ MEmBLasnyA......

April 18, 2009

SI GADIS DPPI... KUIAM...


Nie dak2 pmpn yg btol2 gempaq dlm class... time kteowg ngah rebut kosi.... msing2 kepoyoan.. huhuhu... angktn tntera pmpn r pling bsau dlm class dr laki2.... tp dak2 pmpn clas aq steady jer beb....stoly dak pmpn nie pyah skit.. bnyak nau group nyer... cam aq ngan sherin jer,... tp lau saper2 yg on, aq lyan jer lepak.... ngah kecik ok, rempang ok, ummi ok, kome ok... xder hal r... yg pnting tara gado sdah r.... time rbut kosi nie.. sumer nak meng pai aq ngan shu kne asing n rebut 1 kosi coz 2x xnak ngalah....dak2 pmpn nie pntang ader kwn yg sush.. sumer trun pdang tau.. 2 r untg nyer aq ader kwn2 yg bek cam dowg nie...tp ader yg plik kisah kteowg nie tau... 2 SECRET... hah class aq gmai ustzah tau.. tp aq lum smpai seru lg.... k2 t sloly g... bce tau.. sowg2 nyer kisah aq korek.. pd yg kne jgn mrah beb...

KISAH KAMI.. DPPI...KUIAM..


Lau korang nak tau nie r classmate aq... yg kepoyo-poyoan... nie bru dak laki jer.. yg pmpn tang bwah nie yer... pic nie kteowg candite time jamuan class sem 2... hua..hua... nak stoly bnyk nie.. x bis smpai esk nie... per2 pown dak2 laki class aq nie shati sbatu tau,... lau wat tegejal samer2 2... wa sabek.... tapi x tabik r... paper pown kowglah yg aq syg.. kowg cm bradik aq... dlu b4 sem 2 dak2 class aq nie xpnah 1 hati pown.. msing2 wat hal sndri .. sng ckp pndai2 nk idup r.... tp skrg sumer skeple... yg best dak2 nie ader ktegri nyer... ustaz ada, mat jiwang aader, mat poyo ader,kaka losong ader, kung fu PANDA ader... gg xder pun ader... hua.. hua.. pd yg terkne jgn mrah... yg dpan kai spek mato 2.. memg steady.. JEPUN lah kate... tq kwan.. mge2 kte akn konvo lah samer2... INSYAALLAH...

March 15, 2009

KETAHUI TENTANG WANITA.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

KETAHUI TENTANG LELAKI.....

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini...
Oh, itu silap..

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

6. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

7. Lelaki itu cara fikirnya kehadapan, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

8. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

9. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

10. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

11. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

12. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

13. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

March 14, 2009

UngKaPaN2 CiNtA...

1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

8. Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu.

10. Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

13. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

14. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

15. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

16. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

17. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

February 6, 2009

iKhLaS taPi JauH..

Tangan yg di atas lebih baik dari tangan yg di bawah.
Tangan yg di atas adalah yg memberi, dan yg di bawah adalah yg menerima.
Namun,...
pemb
erian haruslah disertai dengan hati yg ikhlas sekali gus menunjukkan
bahawa kita tidak TAMAK....
Sebaliknya jika ada sesuatu pemberian...
yg ada walau sekelumit rasa bangga, mengungkit atau tidak ikhlas,
pasti akan TERBATAL segala pahala amalan kebaikannya....

Rasulullah bersabda : Dari Mua'wiyah, "Janganlah kamu meminta-minta.
Demi Allah! Tidak seorang pun jua yg meminta-minta kepadaku,
yg tidak kupenuhi permintaannya. Tapi seorang yg kuberi dengan hati engganku,
maka pemberianku tidak berkat baginya.." (Riwayat Bukhari)
Hal ini selaras dengan firman Allah yg bermaksud " Wahai orang-orang yg beriman!
Jangan kau rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan yg
membangkit-bangkitkan dan menyakiti, seperti rosaknya amal pahala sedekah ..
Orang-orang yg membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk
kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Maka bandingkanlah, orang itu seperti batu licin yg yg ada tanah atasnya,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat yg, lalu ditinggalkannya bersih licin
(tidak bertanah)".. (surah Al-Baqarah :264).
Selain keikhlasan orang islam, kita tidak juga digalakkan untuk
meminta-minta seperti seorang peminta sedekah. Malah perbuatan itu,
boleh menjatuhkan maruah dan memberikan imej buruk, sedangkan Allah
memerintahkan manusia supaya berusaha dan bekerja.
Malah sudah disediakan pelbagai sumber yang halal di muka bumi ini...
Namun sebagai seorang muslim,...
andainya kita enggan memberi atau menolak permintaan peminta sedekah...
lakukanlah dengan perkataan yg baik..
Memaafkan kesilapan mereka adalah utama daripada penberian yg diiringi
dengan perbuatan atau perkataan yg menyakitkan...



February 1, 2009

rAhSia TariKh LahiR...


2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb,
kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan
keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta.
Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.


3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan.
Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan
sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.


4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada
4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati.
Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan
yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap
pada tempat yang salah.


5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana
ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu,
bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati.
Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu.
Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.


7hb. Kamu seorang yang happy go lucky dan gemar berseronak.
Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman
membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan.
Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang
menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati
bukannya nafsu semata-mata saja!


9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan
keterampilan diri di mata orang ramai. Maintain vouge manjang!
Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat
mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini.
Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar.
Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!


11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam
mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap
si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir,
kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan??? ??

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan.
Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia.
Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu
walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!


13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja.
Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama,
kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan!
Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup.
Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.
Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!


15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan
kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan,
kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia,
sikap kamu ini yang suka membuat tindakan last minutes.

16hb... Kamu ini seorang yang moody rupanya.... Sekejap mood kamu okey
dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan
si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.


17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri...
Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu
perasaan sebenar kamu.

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta.
Kamu lebihsuka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu.
Dalam perhubungancinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.


19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan
persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan.
Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik
minta itu dan ini.
Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!


21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan
orang lain ambil mudah terhadap diri kamu. Begitu juga si dia.
Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu
tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat
bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri.
Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan
rasa selamat bila berada di sampingnya.


23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka
mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri.
Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai
hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.


25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai
lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka
mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba,
bagaimana nak tau kan ?????

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius
dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan
keseronokan saja!!!!


27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain
walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman.
Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan,
kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.


29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan
sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu
dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!


31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu,
hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!

LAMAN HADITH & FALSAFAH

KITA BERSAUDARA....
Semua orang islam adalah bersaudara. justera itu usahlah rasa terbuang dan tersisih kerana ikatan agama itu lebih kuat mengikat diri andai kita hayati pegangan sebagai orang islam.
Disebabkan itu juga umat islam dianjurkan supaya hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.
Hindarilah sikap benci membenci dan hasad dengki kerana itu akan memberi impak perpecahan dan kemunduran.
Kuatnya ikatan kasik kerana agama sehingga kita sanggup berkorban untuk saurada seagama,kita rasa sakit andai saudara kita disakiti dan rasa sedih andai saudara kita dihina.
Ini juga menepati sabda Rasulullah yang bermaksud:
"perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit".
(Riwayat Muslim)