I made this widget at MyFlashFetish.com.

February 6, 2009

iKhLaS taPi JauH..

Tangan yg di atas lebih baik dari tangan yg di bawah.
Tangan yg di atas adalah yg memberi, dan yg di bawah adalah yg menerima.
Namun,...
pemb
erian haruslah disertai dengan hati yg ikhlas sekali gus menunjukkan
bahawa kita tidak TAMAK....
Sebaliknya jika ada sesuatu pemberian...
yg ada walau sekelumit rasa bangga, mengungkit atau tidak ikhlas,
pasti akan TERBATAL segala pahala amalan kebaikannya....

Rasulullah bersabda : Dari Mua'wiyah, "Janganlah kamu meminta-minta.
Demi Allah! Tidak seorang pun jua yg meminta-minta kepadaku,
yg tidak kupenuhi permintaannya. Tapi seorang yg kuberi dengan hati engganku,
maka pemberianku tidak berkat baginya.." (Riwayat Bukhari)
Hal ini selaras dengan firman Allah yg bermaksud " Wahai orang-orang yg beriman!
Jangan kau rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan yg
membangkit-bangkitkan dan menyakiti, seperti rosaknya amal pahala sedekah ..
Orang-orang yg membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk
kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Maka bandingkanlah, orang itu seperti batu licin yg yg ada tanah atasnya,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat yg, lalu ditinggalkannya bersih licin
(tidak bertanah)".. (surah Al-Baqarah :264).
Selain keikhlasan orang islam, kita tidak juga digalakkan untuk
meminta-minta seperti seorang peminta sedekah. Malah perbuatan itu,
boleh menjatuhkan maruah dan memberikan imej buruk, sedangkan Allah
memerintahkan manusia supaya berusaha dan bekerja.
Malah sudah disediakan pelbagai sumber yang halal di muka bumi ini...
Namun sebagai seorang muslim,...
andainya kita enggan memberi atau menolak permintaan peminta sedekah...
lakukanlah dengan perkataan yg baik..
Memaafkan kesilapan mereka adalah utama daripada penberian yg diiringi
dengan perbuatan atau perkataan yg menyakitkan...



No comments:

Post a Comment